YDP ISMA Kelantan Bersama Amanah Ikhtiar Wilayah Terengganu

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:

  • Besut 10-11 September: Satu program pembinaan syakhsiah diri bertemakan “Ihya’ Ramadhan” anjuran Amanah Ikhtiar Wilayah Terengganu telah berjaya dilaksanakan di Bukit Keluang Beach Resort. Program ini berlangsung secara serentak dengan Amanah Ikhtiar seluruh Malaysia.


    Program yang bermula pada jam 8.30 pagi itu berakhir pada jam 11.00 pagi keesokannya. Beberapa pengisian yang diatur seperti solat terawih, qiamullail, tazkirah dan sebagainya turut dilaksanakan bagi mencapai objektif pembinaan syakhsiah diri pegawai dan kakitangan Amanah Ikhtiar Wilayah Terengganu.


    Seramai 100 orang pegawai dan kakitangan turut serta di dalam program ini. YDP ISMA Kelantan, Ustaz Sharipudin Abd. Kadir dan AJK ISMA Kelantan, Ustaz Abdul Karim Mohamed dijemput khas bagi mengisi slot pengisian yang telah dirancang.


    YDP ISMA Kelantan, Ustaz Sharipudin Abd. Kadir

    Ustaz Sharipudin telah membentangkan ceramah bertajuk “PUASA” dengan memberi penekanan kepada perkara yang perlu dilakukan pada bulan ramadhan dan beberapa muhasabah yang berkait rapat dengan puasa itu sendiri.


    Ustaz Abdul Karim Mohamed

    Manakala ustaz Abdul Karim Mohamed pula telah menyampaikan tazkirah bertajuk pengertian surah al-Asr, beliau turut menarik perhatian semua yang hadir tentang keperluan waktu dalam kehidupan manusia.


    Moga program, majlis kebaikan dan pertemuan yang membina ketaatan diri kepada Allah sebegini dapat disebarluaskan seluas-luasnya kepada seluruh masyarakat. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang berusaha keras membuat persiapan diri untuk bertemu Allah Azza Wa Jalla.


    Selamat Beriktikaf...


    Unit Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net