.

Selamat Pengantin Baru

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Kemaman: 1 Ogos, Bertempat di surau Jalan Tanjung, Kampung Gong Pauh, Chukai, Kemaman termeterailah janji setia dua hati antara Mohd Hazwan Mansur dengan pasangannya Hawa Mahmood. Majlis akad nikah yang penuh ringkas itu berlangsung pada jam 12.00 tengahari diiringi dengan kehadiran keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.


    Pengantin lelaki adalah merupakan ahli ISMA Johor manakala pengantin perempuan pula yang sedang menyambung pelajarannya di Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian adalah merupakan ahli ISMA Kelantan.


    Pengantin lelaki ketika ditanya oleh Unit Media tentang apakah harapan beliau pada ikhwah dan akhawat yang belum berkahwin? Beliau menjawab, "Harap ikhwah dalam pemilihan untuk mendirikan baitul muslim (1) Pastikan pilihan berdasarkan agama kerana ia menjamin setiap yang kita harapkan. (2) Pada akhawat, patuhi suami dan terima seadanya."

    Demikian sedikit pesanan yang sempat dituturkan oleh pengantin lelaki ketika duduk ditemubual seketika selepas selesai solat zohor berjemaah. Tahniah kepada akhi Hazwan dan pasangannya ukhti Hawa. Moga pernikahan ini akan menjadi batu loncatan kepada mereka untuk terus bergabung dengan harakah dakwah, membina ketaatan dan ketaqwaan diri bersama-sama agar benar-benar bersedia untuk bertemu Allah Azza Wa Jalla.


    Baarokallahu Lakumuma Wa Baaroka 'Alaikuma Wa Jama'a Bainakuma Fii Khoir Wa Rizqokuma Zurriyyatan Toyyibatan Tanfau'l Islaama Wal Muslimiin.

    Unit Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net