.

Majlis Nisfu Sya'aban Dan Persiapan Menyambut Ramadhan 1430H

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:

  • Kota Bharu:
    6 Ogos, bertempat di Masjid Abdur Rahman Bin 'Auf, Taman Desa Rimbunan, Peringat, majlis nisfu sya'aban anjuran ahli jawatankuasa masjid telah berlangsung dengan jayanya. Ustaz Mohd Al-Hadi Bin Muhamad, setiausaha Biro Pembangunan Sumber Manusia (HRD) merangkap Ketua Unit Media ISMA Kelantan selaku pembentang pada malam itu menjelaskan secara panjang lebar proses menyambut ramadhan yang kian dirasai bila berlalunya 15 sya'aban.

    Ustaz Mohd Al-Hadi Muhamad

    Majlis bermula dengan bacaan ayat-ayat puasa yang dibacakan dengan penuh khusyuk oleh saudara Anas Yaakub itu membuatkan para hadirin seolah-olah sudah berada di bulan ramadhan.

    Saudara Anas sedang membacakan ayat-ayat puasa

    Ustaz Hadi seterusnya memulakan mukaddimah bicara beliau dengan sedikit huraian pada ayat-ayat puasa yang telah dibacakan pada permulaan majlis dan menerangkan objektif sebenar puasa ramadhan.

    Berikut adalah firman Allah S.W.T mengenai puasa: "Wahai orang-orang yang beriman, telah difardhukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah difardhukan ke atas orang-orang sebelum kamu, moga-moga kamu bertakwa"

    Juga sabda Rasulullah S.A.W: "Ramadhan telah datang kepada kamu, yang merupakan bulan berkat, dan Allah telah mewajibkan puasa pada bulan ini, semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan, ia mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, dan sesiapa yang tidak bertemu dengannya maka dia sangatlah rugi"

    Antara ahli jemaah yang hadir

    Majlis yang bermula sejurus selepas solat maghrib itu diselang seli dengan soal jawab dan berakhir pada jam 9.00 malam serta diteruskan dengan solat isya' berjemaah. Seterusnya sedikit jamuan telah dihidangkan untuk semua yang hadir.

    Ahli jemaah sedang menjamah hidangan

    Dalam majlis ini juga AJK Masjid dan penduduk setempat telah membuat keputusan pada bulan ramadhan nanti untuk berkumpul bersama-sama pada jam 6.30 petang di masjid, mendengar sedikit tazkirah daripada ustaz Hadi atau wakilnya, berdoa dan berbuka dengan beberapa biji tamar, solat maghrib berjemaah, pulang menjamah sesuap nasi, azan isya', menanti kedatangan jemaah selama dua puluh minit, solat isya' dan terawih berjemaah diselang seli dengan bacaan al-quran atau zikir selama lima minit antara dua solat dan tazkirah ringkas selepas empat rakaat. Solat terawih akan dilaksanakan sebanyak lapan rakaat sahaja.

    Moga amal kebaikan akan bertambah sesuai dengan kesungguhan semua pihak dalam menjayakan misi keimanan dan ketaatan serta ketaqwaan diri pada Allah S.W.T.

    Unit Media ISMA Kelantan


    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net