.

Profil ISMA

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)



Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang dahulunya dikenali sebagai Ikatan Siswazah Muslimin Malaysia merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak aktif berperanan di tengah-tengah masyarakat untuk mengurangkan gejala-gejala sosial dalam kalangan remaja mahupun golongan dewasa. Program-program yang dilaksanakan menjurus kepada penghayatan beragama dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Dengan misi untuk 'mengesani' masyarakat dengan program-program yang dilaksanakan, ISMA komited untuk mencapai matlamat penubuhannya apatah lagi ISMA mempunyai ahli-ahli yang konsisten di dalam melaksanakan aktiviti-aktviti atau program-program yang dijalankan.

Ditubuhkan pada tahun 1997, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar dan tidak bermotifkan keuntungan.

ISMA berhasrat untuk memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita.


Kelab Remaja ISMA (KRIM)
 

Remaja adalah aset penting negara kerana merekalah yang akan mencorakkan jatuh bangunnya tamadun bangsa ini di masa hadapan. Mereka adalah ibarat biji benih yang ditanam, perlu dibela, dibaja dan dilindungi dari sebarang kerosakan agar pepohon yang bakal hidup melahirkan buah-buahan yang masak ranum dan hasil yang lumayan.

KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (KRIM) tampil di tengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan ini. KRIM menawarkan pakej pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, jasadi, rohani, emosi dan kemahiran. Hasil yang ingin dilahirkan ialah perubahan sikap motivasi, iltizam dan jatidiri dalam diri remaja itu sendiri.



Nadi Asybal wa Zahrawat ISMA (NAZIM)
 
Asybal bererti singa, simbolik kepada kegagahan, ketangkasan juga keberanian yang sesuai bagi anak-anak lelaki. Manakala Zahrawat adalah kuntuman bunga-bunga yang mekar dan sejuk mata memandang untuk diumpamakan kepada anak-anak perempuan yang sifatnya lembut, kemas dan ceria.

Dengan terjemahan lain NAZIM juga boleh dijolokkan sebagai kelab simba dan jasmin Malaysia, berperanan untuk mendidik anak-anak bagi mencapai objektif yang jelas iaitu:
- Memupuk perasaan cinta Allah dan Rasul-Nya serta ibu bapa,
- Membentuk sifat berani dan keterampilan,
- Melatih kemahiran bersosial,
- Melahirkan anak-anak yang menghormati dan mendokong fikrah Islam yang syumul dan,
- Membentuk jati diri seimbang sebagai seorang Muslim.

Kelab ini terbuka kepada kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 12 tahun dengan penekanan diberi terhadap aktiviti-aktiviti yang merangkumi aspek fizikal dan nurani.

VISI : "Melahirkan Generasi Pelapis Untuk Mendokong Dakwah Islam Di Malaysia"
MISI: "Membina syahsiah anak-anak yang seimbang merangkumi jasmani, rohani, emosi dan intelektual"
Read More...
 
Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net