Kenapa Guang Eng beriya-iya untuk gunakan perkataan Allah terjemahan kepada God
dalam kitab Bible Melayu? Beberapa persoalan timbul yang perlu
difikirkan oleh umat Islam yang prihatin dengan agama mereka. Antara
persoalan yang perlu dijawab ialah, adakah ajaran Kristian perlu diubah
setelah berlaku sekian banyak perubahan? Apakah kepentingan penganut
agama Kristian di Malaysia sehingga memerlukan kepada perkataan Allah
menggantikan dengan God? Dengan terjemahan ini adakah ianya
boleh mengelakkan kekeliruan penganut Kristian terhadap tuhan mereka
atau sengaja untuk mengelirukan umat Islam dari agama mereka?
Beberapa orang pimpinan gerakan Islam
telah mengeluarkan pendapat masing-masing. Ada pendapat yang mengatakan
boleh guna kalimah Allah tetapi jangan salah guna. Persoalannya siapa
yang menentukan `salah guna’? Apakah kriteria salah guna? Jika berlaku
salah guna, siapa yang berhak jatuhkan hukuman yang setimpal dengan
penyalahgunaan tersebut. Banyak lagi rentetan persoalan yang perlu
dijawab. Peruntukan dalam undang-undang dan mahkamah untuk jatuhkan
hukuman jika berlaku salah guna. Atau kita sebut je salah guna, biar takdir yang menentukan. Akhirnya generasi ummat yang ditelan proses kristianisasi yang terancang.
Ada juga pendapat yang mengatakan: ‘Kita
perlu buka ruang kepada mereka dan semoga dengan cara itu memberi
peluang kepada golongan berkenaan mengenali Islam dengan lebih mudah’.
Ianya menggambarkan seolah-olahnya dengan menggunakan kalimah Allah
dalam kitab Bibble, penganut Kristian akan mengenali Islam dengan lebih
mudah. Masalahnya kalimah Allah digunakan dalam kitab Bible, mereka
membaca kitab Bibble. Apa kaitan dengan mengenali Islam? Bagaimana pula
kalau muda mudi Islam yang cetek agama baca kitab Bibble, adakah akan
memudahkan mereka mengenali Islam atau makin berlaku kekeliruan terhadap
Islam?
Ada juga yang mengaitkan dengan amalan
masyarakat bukan Islam dalam Pakatan Rakyat khususnya di Kelantan sudah
biasa dengan sebutan Masya-Allah, Alhamdulillah, Insya-Allah. Amalan
harian tidak sama dengan perkara yang dibukukan dan menjadi bahan
bacaan. Ada orang tahu bab agama dengan mendapat ijazah tinggi
menggunung dalam agama tetapi amalan agama dalam kehidupan amat naif.
Ada orang sikit ilmu agama tetapi penghayatan terhadap agama amat hebat.
Akhirnya, apa yang orang kafir mahu kami
perkenankan. Hudud tidak wajib kepada orang kafir. Kalimah Allah boleh
digunakan dalam kitab Bibble. Apa lagi yang kamu mahu, cepat suarakan.
Kami dari gerakan Islam akan menyokong. Apa yang penting UNDI KAMU KAMI
MAHU. Kamulah saudara kami.
Yang Dipertua
Majlis Syura ISMA
* Ustaz Sharipudin juga merupakan Yang Dipertua ISMA Kelantan
0 Komentar Pembaca:
Post a Comment