Kota Bharu, 29 Jan: Semua manusia ada kelebihan,
sepertimana tukang masak, tidak belajar tinggi, tetapi pandai memasak, sebab
itu tugas kita sebagai pendakwah perlu melihat kemampuan mereka yang bersama
dengan kita untuk digunakan bagi mengembangkan agama Allah tegas YDP ISMA Kota
Bharu, Ustaz Nik Ab Rahim Nik Abdul Aziz.
Cumanya, satu peringatan penting,
kita tidak boleh berbangga dengan apa yang ada pada diri kita, fikrah kita dan
sebagainya kerana segala apa yang ada pada kita adalah merupakan nikmat dan
rahmat Allah kepada kita. Beliau berkata demikian ketika pertemuan rasmi dengan ahli teras ISMA Kota Bharu
Beliau turut memberikan contoh yang
perlu dihayati oleh para du’ah hari ini sepertimana mereka yang pergi ke masjid, kerana mereka
adalah golongan yang mendapat hadiah dari Allah sebenarnya. Sebab itu alim
ulama’ yang mempunyai maqam muqorrobuun, kalau mereka tidak pergi solat fardhu
berjemaah, mereka akan memerhatikan dosa-dosa mereka
Dalam soal urusan hidup dan
dakwah ustaz Nik Ab Rahim menyarankan agar para pendakwah mengambil contoh yang
ditunjukkan oleh ibnu Umar yang berkata
Ya Allah permudahkanlah aku kepada kemudahan, dan permudahkan segala urusanku.
Hal ini katanya lagi, sama seperti Nabi Musa A.S yang berdoa kepada Allah Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku
urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti
perkataanku.
Ustaz Nik Ab Rahim turut mengingatkan para pendakwah agar berterusan dalam melakukan amalan-amalan
fardhu dan sunat. Katanya lagi, dalam urusan untuk mendekatkan diri kepada
Allah, Allah telah menampakkan kepada para walinya jalan-jalan dan pintu-pintu
kebaikan yang bermula dari perkara-perkara wajib dan sunat untuk dilakukan agar
diri semakin dekat dengan Allah.
Disediakan Oleh:
Abu Hafizoh
Wartawan Media ISMA
0 Komentar Pembaca:
Post a Comment