.

A yanqusu addin wa ana hayyun

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in

  • A yanqusu addin wa ana hayyun

    Ertinya : Adakah akan kurang agama ini, sedangkan aku masih hidup

    Inilah antara ungkapan Abu Bakar As Sidek ra, bilamana berdepan dengan golongan yang tidak mahu keluarkan zakat setelah kewafatan Rasulullah. Jiwanya kental. Tinggi himmahnya. Ibarat kata perumpamaan zaman sekarang, langkah mayat aku dulu sebelum kamu lakukan sesuatu yang aku tak suka.

    Seorang pimpinan DAP pun pernah berkata: Langkah mayat aku dulu sebelum laksanakan Hudud. Kentalnya juga jiwanya tetapi kental dalam kekufuran.

    Persoalannya sudah tidak ada rijal-rijal ke di bumi ku ini, yang ingin mempertahankan Islam walaupun berdegar-degar suaranya memperjuangkan Islam tetapi tidak ada sebarang kekuatan maknawi. Perlu menagih sokongan orang bukan Islam untuk tegakkan Islam.Seolah-olah kalu tidak bersama dengan orang bukan Islam, Islam tak akan kemana. Sedangkan yang menjadi rakan kongsi itu ada agenda tersendiri. Tetapi dikatakannya mereka sudah minat dengan Islam, dan lebih Islam dari orang Islam. Lebih ukkhuwah dari orang Islam. Masya Allah, perlu diingat mereka kafir. Ini sempadannya. Allah tidak menerima segala amalan baik orang kafir walaupun amalannya terbaik mengatasi amalan orang Islam kerana mereka KAFIR. Perlu dibezakan antara hubungan biasa yang bersifat hubungan kemanusian dengan agama. Jangan kita kaburkan dengan pelbagai istilah atas nama hubungan madani, global dan lain-lain, yang boleh mengelirukan orang awam bahkan cendikiawan


    YDP ISMA KELANTAN
    merangkap YDP MAJLIS SYURA ISMA MALAYSIA

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net