Kota Bharu, 12 Ogos; Majlis berbuka puasa anjuran ISMA Kelantan telah berlangsung dengan jayanya di Mawaddah Inn. Program tahunan yang menghimpunkan seluruh ahli ISMA ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran bermula jam 6.30 petang lagi.
Sedikit tazkirah telah disampaikan oleh YDP ISMA Kelantan, Ustaz Sharipuddin Ab. Kadir berkaitan dengan puasa yang menyentuh tentang kekuatan mu'minin, di mana kekuatan iman yang tinggi inilah yang mampu menghadapi kuasa jahiliyyah dan mendapat pertolongan Allah s.w.t. Beliau juga turut menekankan pembinaan jatidiri muslim khususnya pada bulan ramadhan ini.
Semoga Ramadhan kali ini mampu mendidik, membimbing jiwa dan anggota badan agar sentiasa tunduk dan patuh kepada arahan Allah Azza Wa Jalla.
Media ISMA Kelantan

0 Komentar Pembaca:
Post a Comment