Dunia Suku Akhirat Suku

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,
  • Peringat, 17 Julai: Orang Islam bila percaya perkara ghaib, maka hendaklah dia bersiap ke arah itu, tegas Timbalan Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kelantan, Ustaz Nik Ab. Rahim Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan kuliah maghrib di masjid Abdul Rahman Bin 'Auf, Taman Desa Rimbunan.

     TYDP ISMA Kelantan, Ustaz Nik Ab. Rahim Nik Abdul Aziz

    Menurutnya lagi, tidak ibadat saja jalan untuk ke akhirat, kerja kita di dunia juga kena bersungguh-sungguh sebab ianya juga dikira jalan ke ahirat.

    Dalam masa yang sama Ustaz Nik Ab. Rahim turut menyelar golongan yang menjadikan dunia suku dengan terus meninggalkan ibadat dan juga akhirat suku dengan hidup beruzlah tanpa bekerja untuk kehidupan.

    Beliau turut memetik kata-kata As-Sheikh Sai'd Ramadhan Al-Buti bahawa "orang-orang Islam setiap hari perlu ada masa beruzlah" (menyendiri dengan Allah) mengikut kesesuaian seseorang individu seperti sebelum solat subuh atau waktu-waktu tertentu.

    Kuliah maghrib yang dihadiri oleh 60 ahli jemaah dari kalangan penduduk setempat itu bersempena dengan siapnya kolah, sambungan atap dan pagar beranda masjid yang dibina secara bergotong royong dalam tempoh 3 bulan lalu.

    Disediakan Oleh:
    Abu Hafizoh
    Wartawan Media ISMA


    Lagi Gambar Di FB ISMA Kelantan: 
    http://www.facebook.com/media/set/?set=a.295721143859305.61132.100002642656240&type=1

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net