.

Seminar Anakku Hebat Ada Daya Tarikan Tersendiri

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in


  • Kota Bharu, 22 April - " Seminar Anakku Hebat Anakku Cemerlang telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari masyarakat Kelantan , " ujar Ustazah Wan Azilah Wan Abdullah.

    Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia ( ISMA ) cawangan Kota Bharu itu berkata demikian ketika ditemubual wartawan semasa seminar berlangsung. Seminar itu dianjurkan oleh Biro Wanita dan Keluarga ISMA bertempat di Hotel Raudhah Kota Bharu semalam.

    Tambah beliau lagi, "fokus kita dalam mengadakan seminar ini adalah melahirkan para ibubapa atau individu yang terlibat dalam proses pendidikan supaya mempunyai kemahiran yang dapat mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh dan cemerlang."

    "Kita juga telah susun aturkan beberapa program untuk tahun ini yang berbentuk kemahiran keibubapaan" ujar Ketua Wanita ISMA Cawangan Kota Bharu itu lagi.

    Selain itu, seminar ini adalah merupakan seminar yang julung kali diadakan di Kelantan dan telah dirasmikan oleh Yang di-pertua ISMA cawangan Kota Bharu, Ustaz Sharipudin b. Ab Kadir.

    Antara penceramah yang terlibat ialah Ustaz Zamani bin Ibrahim, Yang di-Pertua ISMA Seremban, Ustazah Nik Norsaha binti Hj. Nik Mohamad, Jawantankuasa Biro Dakwah ISMA Seremban dan Dr. Nor Azni bin Yahya Pakar kanak-kanak Hospital Raja Perempuan Zainab (II).

    Disediakan oleh:
    Nor Shahida Abd Gani
    Wartawan Media ISMA

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net