Kunjungan takziah ISMA Kelantan untuk Ustaz Halim

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: , , ,
  • SEREMBAN,3 Febuari - Bersabarlah wahai ahli Syurga (InsyaAllah), demikianlah yang mampu diungkapkan buat Ustaz Abdul Halim Abdullah 47, Pengerusi Biro Dakwah ISMA Pusat itu. Alhamdulillah beliau sudah sedarkan diri sejak dua hari yang lalu.

    Menurut Muhammad Hasan 21, anak ketiga Ustaz Abdul Halim, kemalangan yang berlaku kepada bapanya pada jam 630 petang 31 Januari lalu adalah berpunca daripada pertembungan secara berhadapan di simpang 4 Ampangan, Seremban. Katanya lagi, bapanya ketika itu dalam perjalanan pulang dari Tabung Haji cawangan Ampangan ke rumah untuk bersiap sedia solat Magrib dan menyampaikan Hadithus Tsulasa' (Pengajian Selasa) di Masjid Paroi Jaya. Ekoran daripada kemalangan itu, Ustaz Abdul Halim yang juga merupakan ahli Majlis Syura ISMA kini ditempatkan di Pusat Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

    Kebocoran paru-paru yang menyebabkan darah masuk kembali ke dalam paru-paru pada peringkat permulaan, pendarahan ringan di hati, tulang bahu kiri patah, tulang rusuk kanan yang ke-7 juga patah dan tulang belakang C6 retak kecil tidak menghalang Ustaz Halim membuka mata sedikit dan bersalaman dengan rombongan ISMA Kelantan.

    Kunjungan takziah yang diketui oleh AJK ISMA Kelantan, Ustaz Nur Faizul Nuzam itu turut membacakan doa dan diaminkan oleh Ustaz Halim. Dalam pada itu Hasan turut berkongsi perkhabaran dengan panggilan telefon yang diterima dari mantan Mursyidul'aam Ikhwanul Muslimin Ustaz Mahdi 'Akief yang bertanya khabar tentang bapanya, menyampaikan salam dan mendoakan kesembuhan sesegera mungkin buat Ustaz Halim.

    Salah seorang pengawal keselamatan berbangsa India berkata, setiap hari lebih 200 orang datang menziarahi Ustaz Halim. Semoga Ustaz Halim disembuhkan Allah dan dapat terus menjalankan amal islami di bumi Malaysia tercinta.

    Disediakan oleh:
    Abu Hafizoh
    Wartawan Media ISMA

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net