.

Kebaikan Syurga

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,

  • KOTA BHARU 19 FEB: Menjadi tanggungjawab umat Islam untuk tidak memisahkan diri daripada perkumpulan orang beriman. Demikian tegas ustaz Abdul Karim Bin Mohamed di dalam perjumpaan rasmi bersama beberapa ahli biasa dan ahli teras ISMA Kelantan hari ini.


    Beliau turut mengingatkan kepada semua hadirin akan hadith riwayat Abi Zar R.A daripada Rasulullah S.A.W yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah Taala tidak akan mengumpulkan umatku kecuali di atas petunjuk kebenaran”.


    Ekoran daripada perkara tersebut, ustaz Abdul Karim mengajak semua yang hadir agar menghisab dan menilai diri di dalam keterikatan hati dengan perkumpulan mukminin sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar, bahawa Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhuma pernah berucap ditempat bernama al-Jaabiyah, katanya; Rasulullah S.A.W ketika dahulu pernah berdiri bersama kami di Jaabiyah, maka baginda S.A.W bersabda; Sesiapa yang mengkehendaki dari kalangan kamu kebaikan syurga atau berada di tengah-tengah syurga hendaklah dia melazimi jamaah, sesungguhnya syaitan itu bersama dengan seorang, ketikamana seseorang itu berdua syaitan akan menjauhinya. Hadith riwayat At-Tarmizi, Hasan Sohih.


    Perumpamaan hadith di atas adalah sebagaimana yang terdapat di dalam dokumentari yang memperlihatkan sekumpulan seladang yang dikejar oleh seekor harimau bintang, ketikamana seekor seladang tersebut terpisah sedikit dari kumpulannya maka harimau bintang tersebut terus menerkam mangsanya tanpa belas kasihan katanya.


    Disediakan oleh:

    Abu Hafizoh

    Wartawan Media ISMA

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net