.

Harus Menyambut Maulidur Rasul

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: , ,

  • KOTA BHARU: Lebih kurang tujuh ratus orang hadir di dalam majlis sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah anjuran Masjid Kg Sireh dengan kerjasama ISMA Kelantan. Sebanyak satu ekor setengah lembu telah dimasak secara bergotong royong dari jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang untuk jamuan kepada ahli jemaah yang hadir.

    Ustaz Abdul Karim Mohamed selaku penceramah jemputan pada malam itu berkata, sambutan Maulidur Rasul ini sebenarnya berlaku pada zaman Fatimiyyah di pelopori oleh puak Syiah yang merekacipta bait-bait syair, qosidah dan sebagainya. Sebab itulah kebanyakkan ulama di Saudi mengatakan ianya adalah bid'ah kerana tidak dilakukan oleh para sahabat, tabi'ien dan juga tabi'tabi'ien. Namun begitu jelas Ustaz Karim bahawa di dalam fatwa As Sayuthi dan disokong oleh Prof. Dr. Yusuf al-Qordhowi bahawa harus menyambut Maulidur Rasul dengan syarat tidak keterlaluan memuja nabi seperti mana orang-orang Yahudi dan Nasrani memuja nabi mereka.

    Sebagai rujukan semua jemaah yang hadir diminta merujuk kembali kitab AlBidaayah Wan Nihaayah, Ar Rahiiqul Makhtuum dan kitab-kitab lain dalam membuat kajian berkaitan sirah Rasul S.A.W saran Ustaz Karim. Menurut Cikgu Muhamad Awang 57 dari Jerteh, amat bersetuju dengan saranan penceramah agar setiap umat Islam di dalam mencontohi nabi ketika berhubungan sesama mereka mengetepikan segala bentuk kepuakan, kepartian dan meletakkan tuntutan syahadatain mengatasi segalanya. Manakala Ustaz Karim juga turut mencadangkan agar seruan mengajak manusia ke masjid dilakukan seperti kempem pilihanraya.

    Disediakan oleh:
    Abu Hafizoh
    Wartawan Media ISMA

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net