.

Kembara Badar

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Peringat 19 Ogos; Sempena memperingati Ghozwah Badar al-Kubra pada ramadhan kali ini, pihak ISMA Kelantan dengan kerjasama Masjid Abdur Rahman Bin 'Auf telah berjaya mengadakan program kembara badar dengan berjalan kaki sejauh 2.5 kilometer.

    Program yang berbentuk terbuka ini dianjurkan bagi mengenang kembali Ghozwah Badar al-Kubra yang berlaku pada tahun ke 2 hijrah.

    Sepanjang kembara, beberapa tempat persinggahan yang menarik seperti, kubur, tepi kolam, padang telah digunakan oleh ketua kembara untuk membuat beberapa slot pengisian yang bersesuaian.

    Turut bersama, Timbalan YDP ISMA Kelantan ustaz Nik Ab. Rahim Nik Abdul Aziz, juga seorang penduduk kampung yang berumur 84 tahun dikenali sebagai Pok Teh, anak-anak remaja kampung dan juga ahli-ahli ISMA setempat.

    Semoga program tahunan ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

    Media ISMA Kelantan

    Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program berlangsung;

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net