Ingin ke Timur Tengah? Jom SKBA!

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:

  • Program Selangkah ke Bumi Anbiya'(SKBA) telah kembali lagi pada tahun 2011 ini!

    Kesinambungan daripada SKBA tahun-tahun lepas, Sekretariat Luar Negara ISMA(SEKTAR) sekali lagi menampilkan SKBA pada siri 2011 dengan bertemakan "Memudik Ilmu Menghilir Amal".

    Kami akan membutirkan perkara yang perlu anda mengambil perhatian:

    Tempat: Kem Mega Kristal, Kuala Selangor
    Tarikh : 29 April - 1 Mei 2011
    Yuran : RM65

    Dalam program SKBA kalini, kami akan menjelaskan kepada anda perkara-perkara penting yang sentiasa menjadi pertanyaan anda selama ini dan yang jarang didapati di tempat lain, seperti..

    1) penerangan kuliah dan bidang
    2) Penerangan persediaan sebelum berlepas ke mesir
    3) Perkongsian pengalaman bersama graduan

    Jadi pihak kami berharap sambutan yang mengalakkan daripada anda semua tidak kira dari mana anda berada. Mungkin inilah juga masanya dimana kita boleh berukhuwwah, bertukar pendapat mengenai bidang yang akan diceburi dan berbincang mengenai timur tengah.

    bila atau di mana lagi kita boleh mengumpulkan bakal penuntut timur tengah sekali gus seperti program SKBA seperti ini?

    lapangkan tarikh tersebut iaitu pada 29 Apri hingga 1Mei untuk kebaikan anda sendiri. Segala update akan kami umumkan daripada blog kami dari semasa ke semasa. jadi teruskan update anda bersama kami di blog ini dan follow jika perlu.

    jangan lepaskan peluang. angka 120 bukan banyak!

    Daftar segera!!!! hubungi..

    Ust Rizal 019 3079306
    Nawfal 013 6397321
    Zahra' 013 3730853

    Ikuti perkembangan terkini di www.bumianbiya2u.blogspot.com

    Trailer SKBA 2011:



    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net