Perpindahan Keluarga Dakwah ISMA

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,
  • Kota Bharu 28 Feb, Sebuah keluarga aktivis ISMA Kelantan telah berpindah ke Kuala Lumpur pada malam 1hb3, perpindahan keluarga dakwah yang diketuai oleh ustaz Nur Faizul Nuzam ini adalah untuk melaksanakan pekerjaan di kota metropolitan dan menyemarakkan lagi cahaya dakwah di sana.

    Angkat barang

    Ustaz Faizul bersama isteri dan 3 anak perempuannya telah menetap di Taman Desa Rimbunan Peringat kira-kira 8 bulan yang lalu telah memberi sumbangan dakwah yang amat banyak kepada masyarakat setempat, pemuda-pemudi dan juga kepada AMAN PALESTIN Kelantan.

    Semoga segala usaha mereka sekeluarga akan dinilai oleh Allah dan dapat diteruskan usaha tersebut di Kuala Lumpur.

    Seluruh warga kerja dan ahli ISMA Kelantan mengucapkan selamat berjaya kepada ustaz Faizul sekeluarga dan mendapat kasih sayang yang berpanjangan dari Allah Azza Wajalla.

    Media ISMA Kelantan

    Lagi gambar sekitar perpindahan ustaz Faizul

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net