Majlis yang penuh dengan kehangatan ukhuwwah itu adalah merupakan pertemuan khusus untuk meraikan ahli-ahli ISMA Luar negara dan luar Kelantan yang pulang bercuti. Ustaz Sharipuddin Ab. Kadir selaku YDP ISMA Kelantan telah merasmikan majlis tautan kasih dengan sentuhan-sentuhan khusus untuk menghargai kemuliaan hidup sebagai seorang Islam dan Allah telah memilih kita untuk bergabung dengan dakwah ini.
Beberapa aktiviti seperti nasyid, tayangan multimedia dan jamuan ringan turut diketengahkan kepada semua yang hadir. Semoga majlis seumpama ini akan dapat dilaksanakan pada masa akan datang.
Media ISMA Kelantan
0 Komentar Pembaca:
Post a Comment