.

Syabas buat JIRIM dan KRIM!

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: , ,
  • Ulu Yam, 24 – 26 Disember 2010: Bertemakan ‘Impact 2 Perfect’, seramai 700 orang remaja dari seluruh negara telah menyertai dengan jayanya program Jambori Remaja Muslim Nasional kali ke-2 (JIRIM2) yang telah diadakan di Nur Laman Bestari Eco-Resort, Ulu Yam, Selangor. Program ini yang merupakan anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) Pusat telah diadakan selama tiga hari dua malam.

    Pihak KRIM Kelantan telah menghantar wakil seramai 25 orang peserta dengan menaiki sebuah bas bersama 4 orang pengiring.

    Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya War Game, Kembara Quran, Cergas JIRIM, Jungle Trekking, Water Games dan banyak lagi. Ini merupakan kali yang ke-2 diadakan setelah diadakan pada tahun lepas dan mendapat respon yang baik daripada ibu bapa.

    Salah seorang peserta JIRIM2 dari Kelantan, Muhammad Yusuf Haris b. Ibrahim, 14, berkata, “ Banyak input yang saya dapat melalui kem ini dan berharap agar ia diadakan lagi pada tahun-tahun akan datang supaya saya boleh mengajak sama rakan – rakan yang lain untuk menyertainya”.

    KRIM Kelantan mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak KRIM Pusat atas kejayaan penganjuran program ini, juga kepada seluruh peserta kem terutamanya dari Kelantan atas kesungguhan dan semangat anda semua. Jumpa lagi untuk program akan datang!

    Untuk lihat lebih banyak gambar JIRIM, sila klik sini!

    Untuk lihat video JIRIM, sila klik sini!

    Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net