Kota Bharu, 9 Disember- Cuti sekolah yang sedang berlangsung memberikan peluang kepada Kelab Remaja ISMA (KRIM) Cawangan Kelantan untuk menganjurkan satu program Kem Motivasi Anak Soleh.
Bertempat di Masjid Al-Hakim, Tanjung Chat, program selama 3 hari ini disertai oleh kira-kira 15 orang perserta lelaki dan 23 orang peserta perempuan yang berusia dalam lingkungan 13-16 tahun.
Objektif program ini dilaksanakan ialah untuk mengisi masa lapang para pelajar yang sedang bercuti sekolah disamping menerapkan dan mempertajamkan lagi nilai-nilai akhlak islami dalam diri pelajar.
Pelbagai aktiviti menarik telah dilakukan sepanjang program dan peserta-peserta kelihatan ceria dan begitu bersemangat sekali. Malam Kebudayaan Islam juga turut diadakan bagi mengasah bakat para pelajar bernasyid, berdikir, pentomen yang bertemakan islam.
Program dibawah seliaan Ustaz Zaidi Muji, Bendahari ISMA Kelantan dan isteri serta dibantu oleh 5 orang facilitator lelaki dan 12 orang facilitator perempuan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan dimasa hadapan.
Media ISMA Kelantan
0 Komentar Pembaca:
Post a Comment