Eid Mubarak - TaqobbalaLlahu Minna Wa Minkum

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:

  • Kota Bharu 18 Sept: Setelah seminggu ahli-ahli ISMA Kelantan pulang berhari raya bersama keluarga dan sanak saudara serta kenalan masing-masing, semua ahli terdiri dari ikhwah dan akhawat telah bertemu kembali pada hari sabtu lepas bagi menjayakan majlis sambutan eidul fitri anjuran ISMA Kelantan bertempat di perpustakaan Az-Zahra'. Pertemuan yang penuh dengan kegembiraan setelah sebulan berpuasa itu diisi dengan bacaan ayat-ayat al-Quran, perutusan YDP yang telah disampaikan oleh Ustaz Sharipuddin Ab Kadir, tayangan multimedia, persembahan nasyid dan sedikit jamuan.


    majlis berakhir pada jam 1.00 tengahari. Moga hari raya ini adalah sebagai titik tolak untuk kita mencapai hari raya sebenar di syurga nanti insyaAllah.

    Media ISMA Kelantan

    Nota dan makluman:
    Pada jam 10.35 pagi kami ketika majlis sedang berlangsung, kami dikejutkan dengan berita sedih pemergian pengasas jemaah HALUAN, Ustaz Dahlan Mohd Zain (gelaran Dato’ Kaya Bakti) kembali ke rahmatullah setelah lebih 40 tahun didalam jihad dan dakwah di Malaysia. Al-Marhum meninggal dunia setelah 491 hari (1 tahun 4 bulan 4 hari) isterinya yang dikasihi, Datin Halimaton binti Hussein pulang ke rahmatullah pada 14 Mei 2009. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun.

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net