.

MABIT Yang Bercahaya

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Peringat 24 Jun: Sekali lagi Malam Bina Iman Dan Taqwa atau ringkasnya (MABIT) telah berjaya dilaksanakan oleh penduduk setempat dan juga ahli ISMA Kelantan. MABIT Kali ini dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dan diteruskan dengan kuliah maghrib yang disampaikan oleh AJK ISMA Kelantan al-Fadhil al-Ustaz Abdul Karim Mohamed.

    Solat tahajjud jamai'e

    Beberapa maklumat penting berkaitan solat sempena kedatangan bulan Rejab, persoalan keimanan diri kepada Allah dan kekuasaan hati telah dikupas secara mendalam oleh yang berbahagia ustaz.

    Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia (HRD) ISMA Kelantan
    Ustaz Mohd Al-Hadi Muhamad

    Selepas solat isya' berjemaah, anak-anak yang hadir dihiburkan dengan cerita Amirul Mukminin Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. oleh Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia Yang Berbahagia Ustaz Mohd Al-Hadi Muhamad berkisar kepada gelaran khusus yang diberikan kepada Sayyidina Abu Bakar R.A.

    Pada jam 11.00 malam semua peserta berehat seketika dan mengambil tempat masing-masing untuk melelapkan mata. Jam 4.30 pagi, diwaktu kebanyakan manusia lain sedang lena diulit mimpi, para peserta bangun bertahajjud, mengabdi diri kepada Allah Azza Wa Jalla.

    Timbalan YDP ISMA Kelantan,
    Ustaz Othman Muhamad
    ketika menyampaikan tazkirah

    Timbalan YDP ISMA Kelantan, Ustaz Othman Muhamad, telah menyampaikan sedikit tazkirah selepas solat witir dengan mengajak semua yang hadir agar menjaga solat sunat rawatib 12 rakaat setiap hari disamping tidak mengabaikan solat jemaah. Solat sunat tersebut ialah, 2 rakaat sebelum subuh, 2 rakaat sebelum zohor, 4 rakaat selepas zohor, 2 rakaat selepas maghrib dan 2 rakaat selepas isya'.

    Solat subuh berjemaah

    Seterusnya solat subuh berjemaah, bacaan zikir mathurat dan tazkirah subuh telah disampaikan oleh YDP ISMA Kelantan Ustaz Sharipudin Ab. Kadir. Beliau memulakan tazkirahnya dengan menyentuh isu Bumi Palestin bersempena dengan bulan Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad S.A.W.
    Bacaan zikir mathurat

    Bacaan zikir mathurat

    YDP ISMA Kelantan Ustaz Sharipudin Ab Kadir

    Isu Isra' dan Mi'raj adalah isu besar yang ditekankan oleh ramai alim ulama' katanya; tetapi isu Bumi Palestin yang merupakan tempat bermulanya Nabi Muhammad S.A.W naik ke langit bertemu Allah Azza Wa Jalla jarang disentuh. Oleh itu beliau mengajak semua yang hadir agar memahami dengan sebenar-benarnya tentang tanah Palestin.

    Kemudian beliau meneruskan tazkirahnya dengan sedikit muhasabah kehidupan iaitu, tentang alam kehidupan, dimana kita telah ditakdirkan hidup di 4 alam, alam roh, alam rahim, alam dunia dan alam akhirat.

    Makan pagi

    Majlis seterusnya berakhir dengan menjamu selera (nasi kerabu telur masin) yang telah disediakan khas pada setiap kali MABIT berlangsung oleh masyarakat setempat.

    Futsal
    Tazkirah selepas futsal

    Sebelum pulang... semua peserta dijemput ke riadhah mingguan bertempat di futsal Pintu Geng Kota Bharu. Moga program kemasyarakatan yang diatur sebegini dapat mengeratkan hubungan tali persaudaraan antara ahli ISMA Kelantan dan masyarakat setempat.

    Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net