.

Pengisytiharan Majlis Ulama' ISMA (MUIS) Kepada Asatizah ISMA

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Putrajaya 6 Mac - MUIS nama singkatan kepada Majlis Ulama' ISMA yang sedang dibentangkan ketika ini oleh setiausaha MUIS iaitu Ustaz Ahmad Zainal Abidin. MUIS dipengerusikan secara rasmi oleh Dr Aznan Hasan (Pensyarah di UIA) salah seorang yang dipanggil untuk memberi pandangan di dalam persidangan Majlis Fatwa Kebangsaan (sekarang ini di Mekkah).

    Setiausaha Majlis Ulama' ISMA (MUIS)
    Ustaz Ahmad Zainal Abidin ketika membuat pengisytiharan MUIS

    YDP ISMA Kelantan berserta AJKnya dari kalangan asatizah turut serta di dalam pengisytiharan ini. Majlis yang penuh khusyuk ini turut membentangkan nama-nama sekretariat dan ahli-ahli MUIS yang bertanggung jawab penuh terhadap perjalanan MUIS.

    MUIS mempunyai websitenya sendiri iaitu http://muis.ismaweb.net/ kepada sesiapa yang ingin mengajukan persoalan-persoalan juga membaca jawapan yang tertera di dalam laman web ini bolehlah berbuat demikian dengan melawati laman web di atas tadi.

    Ustaz Ahmad ketika membentangkan slide berkenaan MUIS berkata. "MUIS akan memastikan perjalanan ISMA menepati kehendak syarak, menggarap masyarakat contoh, di mana masyarakat hari ini semakin hari semakin tenat.MUIS juga adalah gabungan antara ustaz/ah dan biro dakwah ISMA untuk bergerak di dalam masyarakat. Kita ibarat "Ruhul Jadid" (Roh yang baru) yang bergerak di dalam ummah. "

    Majlis seterusnya diteruskan kepada perbincangan lanjut...
    Berita ini ditulis dalam keadaan majlis masih lagi berlangsung...

    Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net