Generasi Bertaqwa Bertemu Di MABIT MAC 2010

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Peringat 18 Mac - Program Malam Bina Iman Dan Taqwa (MABIT) kali ini sungguh meriah dengan program yang telah diatur khusus untuk alhi-ahli ISMA Kelantan dan juga penduduk setempat. Program sempena musim cuti sekolah ini berlangsung dengan jayanya "alhamdulillah" di Masjid Abdul Rahman Bin Auf Taman Desa Rimbunan, Peringat.

    Gambar Hiasan

    Majlis bermula sejak pagi lagi dengan sembelihan kambing "hadiah dari dermawan" atas siapnya 80 % binaan tandas dan dapur masjid. Seterusnya selepas solat zohor kira-kira jam 3.00 petang proses memasak sup kambing, nasi bukhari dimulakan sehingga jam 6.00 petang.

    Apa yang menariknya ialah solat asar berjemaah yang disertai oleh semua yang terlibat ketika masakan masih lagi diatas dapur diiringi dengan hujan lebat benar-benar memberi rasa kemanisan dilubuk hati masyarakat.

    Seterusnya selepas solat maghrib berjemaah, ahli jemaah duduk beriman sebentar dengan mendengar kalimah "toyyibah" yang disampaikan oleh ketua HRDC ISMA Kelantan Ustaz Mohd Al-Hadi Muhamad yang banyak menyentuh kepada persoalan "Dunia Adalah Penjara Bagi Mu'min""

    Selepas solat isya' berjemaah, ahli jemaah dihidangkan dengan hidangan sup kambing dan nasi bukhari yang dimasak sendiri oleh Ustaz Hadi bersama penduduk setempat.

    Program ini diteruskan lagi dengan tidur bersama "iktikaf di masjid" dari sekecil-kecil anak sehinggalah kebersamaan orang lama "tua" yang tidak mensia-siakan peluang yang ada.

    Selepas solat tahajjud bersama, subuh berjemaah dan bacaan zikir mathurat, semua yang terlibat mendengar sedikit tazkirah iman dari Ustaz Nik Abdul Rahim Bin Nik Aziz bertajuk "Generasi Bertaqwa" yang dikupas secara bersahaja dari ayat 1-5 surah al-Baqoroh.

    Gambar hiasan

    Seterusnya majlis berakhir dengan sedikit jamuan ringan "minuman teh dan roti kosong". Moga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada bulan hadapan insyaAllah dan dapat membina generasi harapan yang diidamkan.

    Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net