.

Apa Perbezaan ISMA Dengan Ikhwan?

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

    Segala puji bagi Allah yang memberi kekuatan kepada saya untuk bersama YDP dan AJK ISMA Kelantan serta ahli kerana berpeluang ke KOBANNA. Selawat dan salam buat Rasulullah S.A.W, para sahabatnya dan mereka yang mengikuti jejak langkahnya hingga ke hari kiamat.

    Ikhwah dan Akhawat sekalian,

    Satu perkara yang saya nampak selepas KOBANNA ini ialah; kesungguhan ISMA dalam mendokong fikrah Ikhwan Muslimun dan ia tampak begitu ketara, bersungguh-sungguh dan ikhlas.

    Walaupun apa yang kita lihat pada ISMA buat masa ini tidaklah 100 % seperti Ikhwan Muslimun. Namun kesungguhan dan keikhlasan pucuk pimpinan ISMA dan ahli dalam mendokong fikrah ini terang dan jelas, insyaAllah pada satu hari nanti kita akan lihat ISMA adalah seperti Ikhwan Muslimun dalam "Melakar Agenda Bangsa" seperti yang telah diputuskan dalam KOBANNA baru-baru ini.

    Abu Mujahid (Baju Berwarna Biru Tua) Kiri Hujung Sekali

    Ikhwah dan Akhawat sekalian,

    Kita hendaklah terus bekerja untuk dakwah ini walaupun ada pandangan yang mengatakan bahawasanya kita ini baru dan tidak mampu untuk melakukan apa-apa perubahan. Jika kita dijalan yang betul, insyaAllah dakwah ISMA akan terus hidup dan dapat mengesani masyarakat.

    Sekian, Jazakumullahu Khairal Jaza'

    Abu Mujahid
    Setiausaha ISMA Kelantan

    Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net