Perpindahan ke pejabat baru

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:

  • Kota Bharu, 5 Januari 2010: Alhamdulillah, dengan kerjasama tenaga seramai 9 orang ahli, lokasi pejabat ISMA Kelantan telah berjaya dipindahkan. Lokasi pejabat yang sebelum ini terletak di Nilam Puri telah dipindahkan ke aras dua di sebuah bangunan (gambar atas) di Kota Bharu dengan menggunakan sebuah lori. Proses pemindahan ini bermula jam 9.30 malam dan ia memakan masa selama hampir tiga jam iaitu selesai pada pukul 11.20 malam. Biarpun terpaksa mendaki anak tangga untuk mengangkut barang, namun ia bukan halangan. Keluasan pejabat baru ini mampu memuatkan dua buah dewan seminar, bilik mesyuarat serta pejabat urusan.

    Setelah selesai, semua yang terlibat menjamu selera di sebuah restoran makanan arab Al-Muhajir, Kota Bharu. Keletihan yang terpancar di wajah mereka dilihat sebagai tanda sebuah semangat baru untuk meningkatkan amal ISMA di negeri ini. Insya-ALLAH dengan pejabat baru ini juga ia mampu meningkatkan usaha untuk menonjolkan ISMA dalam kelompok masyarakat di Kelantan sebagai satu wadah perubahan ke arah kebaikan.



    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net