
Sebanyak 2 kawah bubur asyura telah dimasak sejak 9.00 pagi hingga 4 petang berjaya merapatkan hubungan antara ahli ISMA dan penduduk setempat.
Saudara Mohd Fikri yang pulang bercuti dari Australia ketika ditanya oleh MEDIA ISMA tentang pandangannya mengenai program ini, beliau berkata "Saya rasa sangat beruntung dapat bersama dengan ahli ISMA dan penduduk Taman Desa Rimbunan dalam menjayakan program seperti ini. Sukar untuk saya gambarkan suasana meriah seperti ini berlaku di kampung saya sendiri. Kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk dan ahli ISMA amat erat. Contohnya salah seorang penduduk taman yang merupakan pesara tentera, menyumbangkan tenaga kerja yang berterusan, sebelum ketika dan selepas program. Bagi saya, program ini yang bertujuan merapatkan hubungan ahli ISMA dan penduduk setempat, telah berjaya mencapai objektifnya. Di harap agar program-program seperti ini akan menyusul pada masa akan datang. Terima kasih."
Moga majlis seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H kepada semua muslimin dan muslimat dari seluruh AJK ISMA Kelantan.
0 Komentar Pembaca:
Post a Comment