Pakcik Rahman Berlepas ke Mekah

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:

  • 10 November – Pada petang ini, hari Selasa , pihak kami menerima berita akan keberangkatan Pakcik Rahman ke Mekah bagi menunaikan haji bersama isterinya, Puan Mailan. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan ‘Pakcik Me’ merupakan seorang ahli ISMA Kelantan manakala isterinya adalah seorang pensyarah di Politeknik Kota Bharu.

    Mereka bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa pada pagi hari menaiki penerbangan Malaysia Airline System (MAS) ke Kuala Lumpur sebelum menuju ke Mekah pada pukul 1 pagi esok. Beliau, melalui mesej yang kami terima, meminta maaf akan segala kesilapan andai ada, juga meminta agar didoakan untuk mereka supaya mendapat haji mabrur dalam ibadat mereka itu nanti. Mereka dijangka akan bertolak pulang dari tanah suci itu pada 2 Januari 2010 depan.

    Di kesempatan ini, pihak media dan seluruh warga ISMA Kelantan mengucapkan tahniah kepada Pakcik Rahman dan isteri, semoga mendapat haji yang mabrur. Tidak lupa juga diucapkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia yang bakal mengerjakan ibadah yang merupakan rukun Islam kelima itu. Jadilah kita umat yang satu.



    Unit Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net