.

Ustaz Othman TYDP ISMA Cawangan Kelantan Selamat Menjalani Rawatan

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in

  • Kota Bharu
    : Rabu, 24 Jun, Bertempat di dewan bedah lelaki wad 29, katil 17 ustaz othman terduduk lesu ketika diziarahi Unit Media ISMA Kelantan, beliau baru sahaja selesai menjalani rawatan sedutan batu karang di Hospital Kota Bharu (HKB).

    Turut bersama beliau ketika itu ialah ibunya, isterinya Dr Mahana, keluarga terdekat dan juga ustaz Bahrin sekeluarga. Unit Media tidak sempat bertanya khabar kecuali hanya menyampaikan ucapan salam dari semua ikhwah ISMA. Selepas itu beliau ditolak oleh isterinya ke bilik urusan.



    Mengikut maklumat yang diterima awal pagi dari ustaz Othman mengatakan bahawa beliau akan menjalani rawatan melalui proses sedutan pada jam 8.00 pagi. Alhamdulillah proses rawatan ini selesai pada jam 11.00 pagi yang sama.

    Unit Media mengharapkan semua yang mengenali ustaz Othman agar mendoakan beliau dan diberi kesabaran oleh Allah dalam menghadapi ujian. Kepada sesiapa yang ingin menziarahi beliau bolehlah berbuat demikian di tingkat 3 Hospital Kota Bharu, Wad 29 Pembedahan Lelaki, Katil 17 dari jam 5.00 petang hingga 8.00 malam.

    Unit Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net