.

Doakan…

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Selasa, 16 Jun 2009 – Pagi itu, kami mendapat mesej daripada salah seorang ikhwah kami. Suatu berita yang tidak diduga – Akh Othman Muhammad (gambar) dimasukkan ke dalam wad. Sehening pagi itu juga, pihak kami bergegas ke HUSM untuk mengetahui maklumat selanjutnya mengenai keadaan akh tersebut. Sesampai sahaja kami terus mengatur langkah menuju ke Wad 2 Intan dimana beliau ditempatkan dan apabila bertemu, Subhanallah… kasihan kami melihatnya. Namun begitu, senyuman persahabatan tetap mesra terukir di bibirnya menyambut kedatangan kami. Beliau dimasukkan ke situ atas sebab masalah ginjal iaitu appendix yang dihadapinya dan dijangka satu pembedahan akan dilakukan ke atas beliau untuk pemulihan. Dalam perbualan antara kami, beliau masih lagi mampu untuk membicarakan soal dakwah biarpun sihat agak terjejas. Subhanallah…

    Pada hari yang sama, kami turut berkesempatan menziarahi Akh Afendi iaitu adik kepada salah seorang akh kami, akh Siddiq di bilik wad yang berlainan. Alhamdulillah, melalui kalamnya, kesihatannya kian pulih setelah melalui detik pembedahan beberapa hari yang lalu.

    Semoga Allah memberikan kesihatan untuk kedua-dua ikhwah kita tersebut. Sama-sama doakan…

    Unit Media,
    ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net