.
Showing posts with label Remaja. Show all posts
Showing posts with label Remaja. Show all posts

108 remaja beraksi di Karnival Futsal Remaja '11

Kota Bharu; 2 Julai 2011 – Karnival Futsal Remaja anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM-Kelantan) untuk Edisi 2011 telah berjaya menarik 108 orang peserta remaja untuk beraksi di KB Arena Futsal, Pengkalan Chepa. Mereka adalah remaja-remaja dari kalangan pelajar sekolah menengah di sekitar Kelantan.

Pertandingan menyaksikan 4 kumpulan telah dibahagikan untuk saingan peringkat kumpulan sebelum mara ke suku akhir, separuh akhir dan final.

Setelah mengharungi aksi yang sengit, akhirnya pasukan Syabab FC dari sebelah utara Kelantan telah berjaya dinobatkan sebagai juara Karnival Futsal Remaja Edisi 2011. Manakala lawannya Tomato FC dinobatkan sebagai naib juara.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Penasihat KRIM Kelantan, Ustaz Othman Muhammad.

Beliau pada ucapan tersebut sempat menekankan kepada peserta bahawa betapa penting untuk generasi muda Islam hari ini membina kekuatan fizikal di samping tidak mengabaikan kekuatan ruhi.

Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para peserta dan sesi bergambar.




Media ISMA Kelantan
Read More...

Hebahan: Karnival Futsal Remaja 2011. Jom berentap!

(klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

Assalamualaikum adik-adik yang dikasihi,

Hebahan untuk anda yang berumur 13-17 tahun.

Anda suka main bola?

Ada skil pemain profesional?

Pernah menjuarai kejohanan?

Atau... ingin serlahkan bakat yang tersembunyi?

Ayuh, Jangan lepaskan peluang ini.
Sertai...

KARNIVAL FUTSAL REMAJA EDISI 2011

Bertempat di
REAL SEVEN FUTSAL, PASIR TUMBOH

Anjuran
Kelab Remaja ISMA (KRIM-Kelantan)

Pada
25 Jun 2011
9.00 pagi

Yuran hanya
RM50/kumpulan

8 pemain/kumpulan

maklumat lanjut, sila hubungi:
En. Rahim: 019-9846109
En Razib: 013-2959224

tutup penyertaan pada 18/6/2011
Hanya 16 Pasukan terawal sahaja dterima.
DAFTAR SEGERA!!!






Read More...

KRIM Kelantan anjur program "Jom Masak-Masak Iron Chef"

Kota Bharu, 22 April; Buat julung kalinya, Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Kelantan telah menganjurkan sebuah program "Jom Masak-Masak Iron Chef" yang bertempat di Masjid Abd Rahman bin Auf,Taman Desa Rimbunan Peringat. Program yang bermotifkan pendedahan kepada remaja tentang asas memasak ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 30 orang peserta perempuan.

Program ini bukan sekadar melatih kemahiran, malah mempersiapkan remaja menjadi seorang anak yang soleh dan isteri yang solehah di masa hadapan.

Di awal program, satu pengisian telah diberikan kepada peserta oleh Saudari Rogayah Derasit. Pada kesempatan itu, beliau telah menekankan kepada para paeserta tentang hikmah disebalik bahan-bahan masakan yang Allah ciptakan.


Antara acara yang paling dinantikan oleh para peserta ialah cara belajar memasak laksa penang –sejenis makanan yang agak popular namun untuk memasaknya, ia memerlukan minat dan kemahiran yang tinggi. Ia sebenarnya menuntut kesungguhan dan kesabaran yang jitu.

Program yang penuh meriah ini bersurai ketika waktu zohor menghampiri. Semoga ia memberi manfaat dan pengajaran yang berguna buat para peserta. Tahniah.

InsyaAllah pada masa akan datang, KRIM –Kelantan akan memperbanyakkan lagi program yang mempersiapkan remaja untuk berdepan dengan cabaran di masa hadapan.





Media ISMA Kelantan
Read More...

Jom Sertai MABIT Edisi Remaja!

Assalamualaikum adik-adik semua!

Apa khabar? Semuanya sihat?

InsyaAllah Kelab Remaja ISMA (KRIM-Kelantan) akan menganjurkan program Malam Bina Iman & Taqwa (MABIT) – Edisi Remaja. Butiran program adalah seperti berikut:


TARIKH : 3 & 4 Mac 2011

HARI : Khamis – Jumaat

MASA : 6.30ptg-8.00pg

TEMPAT : Kompleks Masjid AlHakim, Tg. Chat, Kota Bharu

YURAN : RM10 sahaja

PESERTA : Remaja lelaki. (13-17 tahun)

AKTIVITI : Quranic Circle, Qiamullail, Ikon Remaja dan banyak lagi…

PERLU DIBAWA : AlQuran, peralatan tidur (bantal, selimut dll…), berus gigi dan seumpamanya.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Saudara Ubaidah Zaidi di talian 014-8204240.

Di bawah ini disertakan peta lokasi ke tempat program. JUMPA DI SANA!!!

KLIK PADA GAMBAR untuk paparan lebih jelas.

Read More...

Album - Program Motivasi Ayuh Solat

Program: Motivasi Ayuh Solat
Lokasi: Pustaka Dar Nur Azzahra'
Tarikh: 3 Februari 2011

















Read More...

Program Motivasi Ayuh Solat tarik remaja sekitar Kelantan


Kota Bharu, 3 Februari: Program Motivasi Ayuh Solat anjuran KRIM Kelantan telah berlangsung dengan jayanya bertempat di dewan seminar Perpustakaan Awam Dar Nur Az-Zahra’, Telipot. Biarpun dalam kehangatan cuti Perayaan Cina, program ini telah berjaya menarik seramai 39 orang peserta dari kalangan remaja di sekitar Kelantan untuk menyertai program sedari awal jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari.

Pada majlis perasmian, setiausaha KRIM Kelantan iaitu saudara Razib Abdul Rahim telah memberikan ucapan perasmian untuk program tersebut. Dalam ucapannya, beliau menerangkan kepada peserta akan kelebihan solat dalam membentuk akhlak remaja hari ini yang amat dikenali dengan rosak nilai moralnya. Beliau turut meletakkan harapan agar para peserta sentiasa mengikuti program-program yang disusun KRIM untuk masa akan datang.

Slot pertama yang dikendalikan oleh Ustaz Zabidi telah menyentuh soal ‘Solat Mengubah Akhlak Remaja’. Beliau yang merupakan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Jeli telah membawa minda para peserta menelusuri kegemilangan zaman remaja terdahulu yang hebat, dan ia terjadi dengan terjaganya solat mereka. Maka tebentuklah akhlak yang dikagumi.


Saudara Aiman Bistamin (Gambar atas) yang merupakan seorang jurutera petroleum di Petronas carigali Sdn. Bhd., Kerteh pula telah mengendalikan slot kedua yang diberi tajuk ‘Aku Remaja Muslim Hebat’. Di dalam slot ini, beliau menerangkan ciri-ciri kehebatan sebenarnya seorang remaja muslim iaitu taqwa. Bukan dengan kekayaan, kemasyhuran, kekuatan atau seumpamanya. Kekuatan latar belakang beliau turut menjadi pembakar semangat untuk para peserta menjadi remaja muslim yang hebat.

Menilai reaksi para peserta, rata-ratanya memberikan respon yang positif dan berharap agar KRIM mengadakan lagi program sebegini dan lebih terbuka kepada semua remaja. Program diakhiri dengan penyampaian sijil dan sesi fotografi. Tahniah semua!

Media ISMA Kelantan
Read More...

Hebahan: Program MOTIVASI AYUH SOLAT



Assalamualaiukum adik-adik semua!

Insya-Allah pihak Kelab Remaja ISMA (KRIM) caw. Kelantan akan menganjurkan sebuah program berbentuk seminar yang bertajuk Motivasi Ayuh Solat. Butiran Program adalah seperti berikut:

Tarikh: 3 Februari 2011
Hari: Khamis (Cuti Raya Cina)
Tempat: Dewan Seminar Pustaka Dar Nur AzZahra', Telipot. (Belakang BILLION Kota Baru)
Yuran: Hanya RM20

Terbuka kepada adik-adik yang berumur 13 - 17 tahun.. Ayuh, datanglah beramai-ramai ke program ini! Dan dapatkan button batch cantik dari KRIM.



Biro Promosi ISMA Kelantan.
Read More...

Ayuh muhasabah, mengapa malas beribadah?

Sekadar gambar hiasan.

Apakah kita pernah mengalami malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau tidak merasakan kenikmatan ketika membaca Al Qurâan atau solat? Atau mungkin merasa susah untuk bangun malam untuk qiyamulail? Sedangkan jam sudah di set untuk mengejutkan kita, alarm handphone juga sudah disetting tetapi ketika berdering kita tetap terlelap dalam tidur, hanya kedengaran seperti dalam mimpi dan akhirnya mati-mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar, setelah itu menarik selimut untuk meneruskan tidur. Sedangkan biasanya dengan mudah boleh bangun.

Apa yang terjadi dengan diri kita?

Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat Al Qurâan atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita secara sengaja memperlambatkan waktu menunaikan solat, terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal-hal yang kecil atau prasangka buruk. Terkadang kita melalui hari yang kita ishtiharkan sebagai hari malang atau tiada mood. Dan makin malang lagi kita dengan sengaja melanggar titah perintah Allah swt.

Jika hal-hal seperti itu terjadi pada diri kita, maka segeralah kita evaluasi diri. Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini jangan dibiarkan begitu saja, lama-kelamaan akhirnya terbiasa. Seperti halnya penyakit, kalau sudah ada simptom-simptom segera berjumpa doktor dan memakan ubat agar segera sembuh. Begitu pula dengan ruhiyah kita, kalau sudah ada gejala ’bermalasan’ dan penurunan anjakan ruhiyah maka segera kita muhasabah diri kita, bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan?

Jangan-jangan kita banyak maksiat yang kita kerjakan hingga menghalangi amalan-amalan kita. Mungkin kita tidak boleh menjaga dari hal-hal yang makruh bahkan diharamkan oleh Allah sehingga menghalangi organ tubuh kita untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk menonton drama/filem yang melalaikan meski cuma satu atau dua jam. Mungkin mata kita tidak di jaga dari melihat hal-hal yang tidak berguna bahkan mengandung maksiat, akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah padaNya. Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam, mata kita rasa berat untuk beribadah, rasa berat untuk membaca buku-buku tazkirah hati, rasa berat untuk melihat email-email yang memberi nasihat.

Selain mata, telinga juga perlu kita jaga. Boleh jadi kita susah bangun malam untuk bertaqarub kepada Allah swt kerana kita tidak menjaga telinga kita. Telinga kita digunakan untuk mendengar gosip atau muzik-muzik melalaikan bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam memori kita kerana seharian yang didengari adalah muzik-muzik itu, dangdutlah, bollywoodlah, lagu cintanlah, lagu sayulah dan semacam lagi. Akhirnya malamnya telinga kita tidak mampu kedengaran dering jam bahkan suara adzan, telinga kita rasa berat untuk mendengar tazkirah dan telinga rasa bosan mendengar nasihat. Na’udzubillah.

Selain itu mulut tak kalah pentingnya untuk dijaga. Kerana mulut itu pula yang banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke dalam neraka, Na’udzubillah. Kerana mulut boleh menjadi sarana gibah, fitnah, caci-maki, dan sebagainya. Mulut kita jika tidak dapat dikawal, ia seumpama air mengata-ngata perilaku orang lain. Kita kenal pun tidak dengan si pulan tu, tetapi mulut kita syoknya mengatakan mereka. Mulut kita juga rasa berat nak berzikir, tak terkeluar dari mulut. Mengapa ya?

Selanjutnya adalah hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu kita jaga. Hati ibaratnya pemimpin bagi organ tubuh yang lain, yang menjadi komando. Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat maksiat. Hati ibarat cermin, semakin banyak bermaksiat maka semakin banyak noda titik-titik hitam di cermin itu. Atau bahkan mungkin tidak lagi titik-titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan dan tidak boleh dipakai untuk bercermin lagi kerana sudah diselaputi. Begitu pula dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat maka kita semakin terbiasa dengan kemaksiatan itu.

Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bercanda atau bergurau senda. Dibolehkan jika kita bergurau senda untuk menceriakan suasana atau menciptakan suasana ukhuwah. Tapi tetap memperhatikan adab-adabnya, perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi adanya lelaki dan perempuan di dalam satu majlis, hati-hati!

Mari kita tengok diri kita, evaluasi diri kita, jika selama ini kita belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang lain dari kemaksiatan maka segeralah kita bertaubat dan istighfar diri, tidak ada kata terlambat untuk sebuah kebaikan. Seharusnya kita merasa sayang kalau tidak boleh tadarus quran meski hanya terlepas satu hari. Merasa sayang pula jika tidak boleh merasakan nikmatnya beribadah. Jika masih merasa sayang, maka jagalah diri kita, dan Insya Allah Allah akan menjaga kita agar senantiasa boleh dekat dengan-Nya. Abu Ridwan
Ummu Sulaim
Read More...

Syabas buat JIRIM dan KRIM!

Ulu Yam, 24 – 26 Disember 2010: Bertemakan ‘Impact 2 Perfect’, seramai 700 orang remaja dari seluruh negara telah menyertai dengan jayanya program Jambori Remaja Muslim Nasional kali ke-2 (JIRIM2) yang telah diadakan di Nur Laman Bestari Eco-Resort, Ulu Yam, Selangor. Program ini yang merupakan anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) Pusat telah diadakan selama tiga hari dua malam.

Pihak KRIM Kelantan telah menghantar wakil seramai 25 orang peserta dengan menaiki sebuah bas bersama 4 orang pengiring.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya War Game, Kembara Quran, Cergas JIRIM, Jungle Trekking, Water Games dan banyak lagi. Ini merupakan kali yang ke-2 diadakan setelah diadakan pada tahun lepas dan mendapat respon yang baik daripada ibu bapa.

Salah seorang peserta JIRIM2 dari Kelantan, Muhammad Yusuf Haris b. Ibrahim, 14, berkata, “ Banyak input yang saya dapat melalui kem ini dan berharap agar ia diadakan lagi pada tahun-tahun akan datang supaya saya boleh mengajak sama rakan – rakan yang lain untuk menyertainya”.

KRIM Kelantan mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak KRIM Pusat atas kejayaan penganjuran program ini, juga kepada seluruh peserta kem terutamanya dari Kelantan atas kesungguhan dan semangat anda semua. Jumpa lagi untuk program akan datang!

Untuk lihat lebih banyak gambar JIRIM, sila klik sini!

Untuk lihat video JIRIM, sila klik sini!

Media ISMA Kelantan
Read More...

Kem Motivasi Anak Soleh 2010

Kota Bharu, 9 Disember- Cuti sekolah yang sedang berlangsung memberikan peluang kepada Kelab Remaja ISMA (KRIM) Cawangan Kelantan untuk menganjurkan satu program Kem Motivasi Anak Soleh.

Bertempat di Masjid Al-Hakim, Tanjung Chat, program selama 3 hari ini disertai oleh kira-kira 15 orang perserta lelaki dan 23 orang peserta perempuan yang berusia dalam lingkungan 13-16 tahun.

Objektif program ini dilaksanakan ialah untuk mengisi masa lapang para pelajar yang sedang bercuti sekolah disamping menerapkan dan mempertajamkan lagi nilai-nilai akhlak islami dalam diri pelajar.

Pelbagai aktiviti menarik telah dilakukan sepanjang program dan peserta-peserta kelihatan ceria dan begitu bersemangat sekali. Malam Kebudayaan Islam juga turut diadakan bagi mengasah bakat para pelajar bernasyid, berdikir, pentomen yang bertemakan islam.

Program dibawah seliaan Ustaz Zaidi Muji, Bendahari ISMA Kelantan dan isteri serta dibantu oleh 5 orang facilitator lelaki dan 12 orang facilitator perempuan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan dimasa hadapan.

Media ISMA Kelantan


Antara peserta lelaki bersama facilitator

Peserta perempuan dan facilitator



Read More...

Kem Motivasi Anak Soleh 2010: Daftar Segera!


Assalamualaikum!

Berita gembira buat adik-adik remaja sekalian,

Insya-Allah Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kelantan akan menganjurkan sebuah program Kem Motivasi Anak Soleh. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 9, 10, 11 Disember 2010
Hari : Khamis – Sabtu (3 Hari 2 Malam)
Tempat : Masjid AlHakim, Tg Chat (Lelaki)
Tadika Mawaddah, Tg Chat ( Perempuan)

Yuran : RM 40 Sahaja.

Untuk keterangan lanjut, sila klik pada gambar di bawah untuk resolusi lebih besar.




Daftar Segera! Tempat Adalah Terhad! Jumpa di sana!....




Media ISMA Kelantan
Read More...

KRIM buka pameran di Hari Graduasi Tadika Mawaddah

Kota Bharu, 15 November- Bertempat di Kompleks Balai Islam, Lundang, Majlis Graduasi Tadika Mawaddah 2010 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis ini diadakan bagi meraikan para pelajar 6 tahun yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka bagi sesi 2010 di tadika tersebut.

Mengambil peluang ini, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kelantan telah membuka gerai jualan dan pameran sepanjang berlangsungnya majlis. Seramai 12 orang tenaga kerja dari wanita dan dua lelaki telah mengerahkan tenaga untuk mengndalikan gerai dan pameran tersebut hingga ke akhir majlis.

Menurut Penyelia Tadika Mawaddah, Ustazah Rohana Yahaya merangkap penasihat KRIM Kelantan (Akhawat), gerai dan pameran ini dibuka bagi mendedahkan kepada para ibu bapa akan peranan kelab ini dalam mencapai misi dan visi membina remaja muslim. Seterusnya menyelamatkan mereka dari kancah krisis remaja yang semakin merbahaya kini.

KRIM turut mempromosikan program Kem Motivasi Anak Soleh yang bakal diadakan pada 9 - 11 Disember depan yang merupakan anjuran KRIM Kelantan. Dalam masa yang sama, iklan Jambori Remaja Muslim Nasional 2 (JIRIM 2) turut diedarkan kepada orang ramai.

Majlis penuh meriah itu menyaksikan kehadiran seramai 1000 orang hadirin bagi melihat anak mereka naik pentas dengan memakai pakaian graduasi dan memegang segulung ijazah. Pelbagai acara pentas dipersembahkan antaranya pentomen, nasyid, sajak, sketsa, lakonan dan dikir. Turut menyerikan majlis tersebut ialah adik Fathurrahman Abdul Karim, 7. Beliau merupakan salah seorang ahli NAZIM dan pernah belajar di tadika tersebut pada tahun 2009.




Media ISMA Kelantan.
Read More...

MABIT Bulanan Remaja


Kota Bharu 30 Sept: Bertempat di pejabat ISMA Kota Bharu, Kelab Remaja ISMA (KRIM) telah berjaya menganjurkan MABIT Kali pertama selepas hari raya aidilfitri. MABIT yang menghimpunkan remaja dari sekolah-sekolah sekitar Kota Bharu ini mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara mereka.


Menurut pengarah program saudara Mohd Razib Bin Abdul Rahim, program ini akan tetap dilaksanakan pada minggu keempat setiap bulan dan pada keesokan paginya semua peserta yang terlibat akan mengikuti program terakhir dengan bermain futsal bersama ahli-ahli ISMA yang lain.

Salah seorang peserta ketika ditanya apakah perasaan beliau bila berada di dalam program seperti ini, beliau menjawab dengan senyum manisnya bahawa program seperti ini dapat memberikan rasa manis beribadah secara jamai' (berkumpulan) dan dapat mempertemukan saya dengan kawan-kawan dari berlainan tempat, ujar adik Mohd Hafizol Naim Bin Jaafar.

Moga program seperti ini dapat membina jatidiri remaja muslim agar mampu menghadapi rintangan hidup yang mendatang.

Media ISMA Kelantan
Read More...

KRIM Kelantan Tawan Puncak Gunung Tebu

Besut 27-30 April:- Bertempat di Lata Belatan, Jerteh, Besut Terengganu, seramai 38 ahli KRIM Kelantan telah berjaya mengikuti program perkhemahan yang amat mencabar. Mukhayyam ini menampilkan gabungan mantap ahli KRIM dari Sekolah Menengah Arab Ugama Al-Kauthar, Peringat dan Maahad Darul Anuar, Pulau Melaka.

Peserta bergambar kenangan di puncak Gunung Tebu

Para peserta yang hadir adalah terdiri dari pelajar tingkatan 4 dan 5 yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi. Tepat jam 3 petang mereka bertolak dengan menaiki bas dari Kota Bharu dan tiba di tapak perkhemahan Lata Belatan pada jam 5 petang.

Setelah selesai solat asar berjemaah, semua peserta dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing. Seterusnya tugasan membina khemah dan memasak (mengikut kumpulan) telah dilaksanakan dengan jayanya sehingga jam 7 petang (selasa). Suasana tepi Gunung Tebu yang damai dan penuh nyaman mengeratkan lagi (ukhuwwah) tali persaudaraan sesama peserta.

Usai solat maghrib, bacaan mathurat dan isya' berjemaah para peserta disajikan dengan sedikit (muhaadhoroh) pembentangan bertajuk "dosa" yang disampaikan oleh ustaz Nor Faizol bin Nuzam AJK ISMA Mesir yang baru pulang ke Malaysia.

Keesokan paginya, pada jam 5 pagi, solat tahajjud 2 rakaat dan witir 1 rakaat serta bacaan berkumpulan dari surah Nuh sebelum solat subuh mengiringi permulaan program lasak yang akan ditempuh oleh semua peserta.

Sejurus selepas solat subuh berjemaah, bacaan zikir mathurat "jamai'ii" (di dalam air sungai) "kena rendam" dan sarapan (mengikut kumpulan masing-masing) semua peserta berkumpul di tempat khas untuk ice-breaking, nasyid katibah, tazkirah ringkas dan mendengar taklimat pendakian yang telah disampaikan oleh penunjuk jalan.

Tepat jam 8.15 pagi, selepas membaca doa semua peserta bertolak mendaki Gunung Tebu setinggi 9000 meter. Sepanjang pendakian semua peserta diwajibkan menghafal 5 hadith pilihan dari hadith 40. Tepat jam 1.00 tengahari semua peserta selamat sampai dipuncak Gunung Tebu, makan tengahari dan solat zohor berjemaah dilaksanakan dengan penuh khusyuk oleh semua peserta.

Solat zohor berjemaah di puncak Gunung Tebu


Pada jam 2.00 petang semua peserta bergerak turun dan selamat sampai ke tapak perkhemahan pada jam 4.15 petang. Kelajuan turun naik pendakian yang telah dilaksanakan oleh peserta amat mengejutkan para penunjuk jalan dan para pekerja kem Lata Belatan. Mereka tidak pernah melihat kesungguhan pendakian seperti ini... Para peserta lain sebelum ini jika naik pada waktu pagi, mereka akan sampai ke kaki gunung paling awal jam 9 malam.

Seterusnya semua peserta solat asar berjemaah dan menjamu selera (dalam keletihan), kem komandan dan urusetia bertindak sebagai tukang masak pada petang itu. Jiwa kental peserta tidak luntur setakat itu sahaja, selepas solat maghrib berjemaah, semua peserta diarahkan ke dalam sungai (rendaman urat) sambil membaca mathurat disaksikan bulan yang mengamban penuh. Selepas bacaan zikir, mandi, semua peserta solat isya' berjemaah di atas pepasir halus yang ada di tepi sungai.

Usai solat isya' yang diimamkan sendiri oleh kem komandan, semua peserta mendengar tazkirah iman (dalam gelap malam "hanya bulan yang menerangi suasana") yang telah disampaikan oleh kem komandan kepada penjelasan mengenai persediaan diri pemuda untuk bertemu dengan Allah.

Selepas itu peserta mengambil peluang untuk berebut kemenangan kumpulan dalam 3 permainan air. Tepat jam 10.00 malam, semua peserta bergerak pulang ke tapak perkhemahan dan menjamu sarapan ringan (masak sendiri).

Urusetia dan kem komandan di puncak bukit

Pada jam 11.00 malam, siren berkumpul kedengaran, semua peserta diarahkan hadir ke tempat berkumpul, program naik bukit pada waktu malam akan dilaksanakan, sedikit penerangan telah disampaikan oleh pihak kem. Program networking ini (tanpa lampu suluh, mendaki bukit) tamat pada jam 1.20 pagi.

Saudara Mohd Razib Abdul Rahim (kanan) Pengarah KRIM Kelantan
Bersama AJK KRIM Ustaz Saiful Jihadi Yusuf Al-Hafiz

Dalam keadaan yang amat letih, tapi seronok, semua peserta pergi ke khemah masing-masing untuk berehat.

Pagi hari ketiga, tahajjud, solat subuh berjemaah, zikir mathurat, sarapan pagi, dan tazkirah bertajuk "pemuda beriman" telah disampaikan oleh Ajk Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Kelantan. Suasana di atas batu, di dalam sungai... suasana yang amat menarik, semua peserta khusyuk mendengar sentuhan-sentuhan iman yang telah disampaikan oleh yang berbahagia ustaz.

Sejurus selepas tazkirah... Sessi permainan di dalam air bermula... berakhir pada jam 11 pagi, semua peserta diarahkan ke tapak perkhemahan... sessi bakar lemang pun bermula... Zohor berjemaah... Hujan turun dengan begitu lebat, tapak pembakaran lemang dipindahkan ke bawah atap, dan pada jam 3.00 petang, lemang masak... masing-masing menjamu selera mengikut kumpulan masing-masing.

Masuk waktu solat asar, solat didirikan, semua peserta diberikan kebebasan mengikut kumpulan masing-masing memilih tempat untuk persediaan persembahan. Masuk waktu solat maghrib, solat, rehat, solat isyak berjemaah, dan tibalah masanya, sessi persembahan, semasa itu juga, kem komandan dibantu beberapa urusetia membakar ayam BBQ. Penutup persembahan... Lakonan dari kem komandan sendiri yang berkisar kepada keadaan pelajar hafiz al-Quran mendapat tepuklan gemuruh dari semua peserta.

Hari terakhir, tahajjud, subuh berjemaah, zikir mathurat, bersiap untuk pulang, ucapan penutup oleh kem komandan, pengarah KRIM (saudara Mohd Razib Abdul Rahim), sessi penyampaian hadiah dan bertolak pulang pada jam 11.00 pagi.

Alhamdulillah... alhamdulillah.... alhamdulillah...

Objektif kali ini lebih kepada pembinaan jatidiri seorang pemimpin, para peserta dikehendaki melepasi 70 % aktiviti fizikal dan 30 % aktiviti (ruuhi) rohani. Alhamdullillah semua peserta berjaya melepasi peratusan aktiviti dan berminat untuk kekal lebih lama di dalam mukhayyam ini. Satu perkara yang amat mengejutkan apabila kem komandan yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Al-Hadi dan ajknya bertanya "adakah kalian berminat untuk meneruskan mukhayyam seperti ini selepas ini?" mereka semua menjawab boleh!!!... boleh!!!...

Sangkaan urusetia bahawa mungkin mereka semua tidak mahu lagi mengikuti program seperti ini meleset sama sekali. Inilah anak-anak bangsa Melayu yang tahu tujuan dan objektif kehidupan mereka. Sanggup menempuh cabaran dan dugaan demi memantapkan diri sebagai bakal pemimpin kepada anak bangsa serta generasi seterusnya.

Media ISMA Kelantan

P/s gambar-gambar akan dipublish selepas ini... nantikan!!!


Read More...
 
Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net