.
Showing posts with label KomunitiISMA. Show all posts
Showing posts with label KomunitiISMA. Show all posts

Tahniah buat rombongan ISMA Pusat

Dari kanan, En, Khalid, Ustaz Rushdan,
Ustaz Abdullah Zaik dan Dr. Mahmud Izzat kiri sekali


Seluruh AJK dan ahli ISMA negeri Kelantan mengucapkan "alfu mabruk" ribuan tahniah buat rombongan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Pusat yang diketuai oleh Presiden, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman dan JKPnya yang terdiri dari Bendahari Agung ISMA, En. Khalid Zakaria dan anggota Majlis Syura ISMA, Ustaz Rushdan Abd Halim merangkap Yang Dipertua ISMA Kuantan kerana telah mengadakan kunjungan hormat mereka ke atas Dr Mahmud Izzat, Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin di Kaherah pada 9 April lepas.

Semoga hubungan ikhlas para duah akan terus berkembang keseluruh dunia mengatasi hubungan yang dijalinkan oleh mereka yang berkepentingan dunia semata-mata.


ISMA Kelantan mengharapkan usaha sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang dan diperpanjangkan ke negara-negara sekitar untuk kebaikan umat yang mulia ini.


Media ISMA Kelantan

Read More...

Selamat Pengantin Baru

Pasir Puteh 13 Mac:- Sekalung tahniah diucapkan buat aktivis ISMA Kelantan, saudara Mansor Bin Osman dan pasangannya Norafizza Binti Mahmod di atas majlis akad nikah yang telah disempurnakan pada tengahari 13/3/11 di Masjid Wakaf Lichong pada jam 2.00 petang dengan hanya sekali lafaz sahaja.


Seluruh AJK dan ahli ISMA Kelantan mengucapkan "Baarokallahu Lakumaa Wabaaroka Alaikumaa, Wa Jama'aa Bainakumaa Fii Khair, Warizqokumaa Zurriyyatan Toyyibatan Tanfau'l Islaama Wal Muslimiin".


Semoga ikatan kasih sayang ini berpanjangan hingga ke syurga insyaAllah.

Media ISMA Kelantan
Read More...

Ketua Wanita ISMA Kelantan Di Bukit Kluang


Besut 1 Mac, Ketua Wanita ISMA Kelantan ustazah Wan Wazilah Wan Abdullah telah dijemput khas oleh beliawanis Persatuan Belia Islam (PEMBINA) Kelantan petang kelmarin untuk berkongsi pengalaman dakwah di tepi pantai Bukit Kluang.

Program yang dilaksanakan secara santai dan bersahaja itu adalah merupakan projek di bawah biro Aktivisme Mahasiswa PEMBINA untuk mendekati para belia-beliawanis dan menjalin hubungan dengan qudama' dakwah.

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang berlumba-lumba merebut kebaikan kerana mereka akan mendapat ganjaran yang setimpal hasil usaha diri masing-masing dihadapan Allah nanti.

Media ISMA Kelantan

Lagi gambar sekitar program:



Read More...

Perpindahan Keluarga Dakwah ISMA

Kota Bharu 28 Feb, Sebuah keluarga aktivis ISMA Kelantan telah berpindah ke Kuala Lumpur pada malam 1hb3, perpindahan keluarga dakwah yang diketuai oleh ustaz Nur Faizul Nuzam ini adalah untuk melaksanakan pekerjaan di kota metropolitan dan menyemarakkan lagi cahaya dakwah di sana.

Angkat barang

Ustaz Faizul bersama isteri dan 3 anak perempuannya telah menetap di Taman Desa Rimbunan Peringat kira-kira 8 bulan yang lalu telah memberi sumbangan dakwah yang amat banyak kepada masyarakat setempat, pemuda-pemudi dan juga kepada AMAN PALESTIN Kelantan.

Semoga segala usaha mereka sekeluarga akan dinilai oleh Allah dan dapat diteruskan usaha tersebut di Kuala Lumpur.

Seluruh warga kerja dan ahli ISMA Kelantan mengucapkan selamat berjaya kepada ustaz Faizul sekeluarga dan mendapat kasih sayang yang berpanjangan dari Allah Azza Wajalla.

Media ISMA Kelantan

Lagi gambar sekitar perpindahan ustaz Faizul

Read More...

Takziah Buat Dr Mahana Sidik

Jeli 15 Feb: Seluruh warga kerja yang terdiri dari YDP dan AJK ISMA Kelantan serta ahli mengucapkan takziah kepada AJK ISMA Kelantan Dr Mahana Binti Sidik diatas pemergian ayahandanya kerahmatullah pada jam 6.00 pagi Selasa. Ayahandanya telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sains Universiti (HUSM) Kubang Kerian. Jenazah telah selamat solatkan pada jam 2.00 petang dan disemadikan di kg Air Lanas Jeli.

Ucapan البقاء لله ini juga ditujukan buat mantan NYDP ISMA Kelantan ustaz Othman Muhamad di atas pemergian mertuanya ini. Semoga Allah menggolongkannya di dalam golongan orang-orang yang diterima amalannya serta ditempatkan bersama para Nabi, siddiiqiin, syuhada' dan soolihiin.

إنّا لله وإنّا إليه راجعون Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali. (al-Baqarah 156) Kalimat ini dinamakan kalimat istirjaa (pernyataan kembali kepada Allah). Disunatkan menyebutnya waktu ditimpa marabahaya baik besar maupun kecil.

Media ISMA Kelantan
Read More...

Tahniah Buat Ustaz Nik Ab Rahim Sekeluarga


Kota Bharu 9 Feb: Sekalung tahniah diucapkan buat keluarga ustaz Nik Ab Rahim sekeluarga atas kelahiran bayi lelaki pada jam 5.02 minit pagi tadi. Bayi ke-10 seberat 3.51kg daripada cucu Tok Guru itu tadi telah selamat dilahirkan di Klinik An-Nur, lorong pintu gerbang istana mahkota, Kubang Kerian.

Pihak media ISMA Kelantan dan seluruh AJK serta ahli ISMA Kelantan mengucapkan Buurika Laka Fil Mauhub, Wasyakartal Waahib, Warizqokuma Birrihi Wabalagha Asyuddahu InsyaAllah.

Media ISMA Kelantan
Read More...

KRIPT '11 - Piala ukhuwah itu lebih berharga

Kontinjen ISMA Kelantan.

Kota Bharu: Karnival Riadhah ISMA zon Pantai Timur (KRIPT) yang telah berlangsung selama sehari pada 22 Januari yang lalu telah menyaksikan kejuaraan keseluruhan tidak berpihak kepada kontinjen dari Kelantan. Dua kontinjen yang dihantar Kelantan iaitu wakil dari ISMA dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Kelantan hanya berjaya memenagi dua acara daripada tiga acara yang dipertandingkan iaitu sepak takraw (ISMA) dan bola tampar (PEMBINA).

Namun begitu, disebalik kekalahan tersebut sebenarnya tersembunyi sebuah piala yang jauh lebih bernilai iaitu piala ukhuwwah. Sebuah nilai yang amat berharga dan ia takkan mampu dibeli dengan wang ringgit.

Ini adalah antara yang dinyatakan oleh Ustaz Muhammad Al-Hadi sewaktu memberi semangat kepada pasukan PEMBINA Kelantan ketika bertanding.

"Nilai ukhuwwah antara kita sebenarnya jauh lebih berharga dari nilai kemenangan pertandingan", katanya.

Beliau turut menasihati agar sentiasa beristighfar walaupun ketika menang mahupun kalah.

Walaupun begitu, secara keseluruhannya perlawanan adalah seimbang. Untuk kategori lelaki, juara keseluruhan pertandingan berjaya dirangkul oleh kontinjen Tok Gajah (Pahang) manakala kontinjen Kemaman (Terengganu) memenangi piala YDP. Bagi kategori wanita pula, juara keseluruhan dimenangi oleh Wanita ISMA Kelantan.

Insyallah, ISMA Kelantan akan menjanjikan kelainan untuk KRIPT edisi seterusnya dan memastikan kemenangan akan berpihak kepada ISMA Kelantan!




Media ISMA Kelantan.
Read More...

Lahirnya Seorang Mujahidah

Tanah Merah 8 Dec: Seorang lagi mujahidah dakwah ISMA selamat lahir kedunia, anak perempuan seberat (masih dalam lable room, berat tidak dapat diketahui lagi) ini dilahirkan tepat jam 8.30 pagi ini di hospital Tanah Merah.

Gambar hiasan

Pihak Media, AJK dan seluruh ahli ISMA Kelantan mengucapkan tahniah di atas kelahiran ini kepada saudara Razib bin Abdul Rahim dan Isterinya. Kami semua mendoakan kebaikan untuk anak ini sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W, Buurika laka fil mauhub, wa syakartal waahib, wa rizqokuma birriha, wabalagha asyuddaha insyaAllah.

Media ISMA Kelantan
Read More...

Takziah Buat YDP ISMA Kelantan


27 Nov; Takziah Ustaz, itulah yang mampu diucapkan oleh AJK dan ahli ISMA Kelantan kepada Ustaz Sharipudin Ab. Kadir sekeluarga atas pemergiaan bondanya yang tersayang. Berita kematian dilaporkan dalam jam 11.50 minit malam (sabtu malam ahad).

Menurut Ustaz Sharipudin, bondanya meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, dan akan di bawa pulang ke Kuala Kubang, Besut, Terengganu, (Jalan menuju ke Lata Belatan). Solat jenazah insyaAllah akan ditunaikan pada pagi ini.

Kepada mana-mana kenalan dan juga rakan dakwah Ustaz Sharipudin yang ingin menghubungi beliau boleh membuat panggilan di talian berikut 013-9393451

Tidak ada perkara lain yang boleh diucapkan kepada Ustaz Sharipudin sekeluarga dan ahli-ahli waris Al-Marhumah melainkan sebagaimana yang telah diajarkan oleh oleh Allah swt melalui RasulNya di dalam Hadis, “Inna lillahi ma akhaz, wa lahu ma a’tho. Wa kullu syai’in indahu bi ajalim musamma. Fasbir wala tahtasib” (Milik Allah apa yang Dia ambil. MilikNya jua apa yang Dia beri. Tiap sesuatu punya tempoh tertentu disisiNya. Bersabarlah dan harapkan ganjaran Allah atas kesabaranmu itu” (Hadis Takziah). “Al-Baqa’ lillah” (Sesungguhnya kekal itu hanyalah Allah swt semata-mata). Rujukan : Majmu’ah Ar-Rasail Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna.

Media ISMA Kelantan
Read More...

Takziah Buat Ustaz Osman Mohd Noor


Al-Baqo'u lillah... (Yang Kekal Hanyalah Allah) itulah di antara sms yang sampai kepada saya selepas mendapat berita pemergian seorang mujahidah dakwah ISMA al-marhumah ustazah Nazirah. Panggilan telefon bertalu-talu, kotak inbox h/set penuh dengan mesej-mesej pertanyaan dan ucapan takziah. Ada yang sempat saya balas, ada yang sempat saya jawab panggilan dan ada yang tidak sempat dijawab kerana beberapa urusan yang tidak dapat dielakkan.

Innalillahi wa inna ilaihi roji'un... (kita dari Allah dan kepadaNya kita akan kembali) itulah antara ucapan yang meniti dibibir rakan dakwah ISMA ketika mana mendapat berita yang mengejutkan ini. Ya, kematian adalah satu perkara yang menggemparkan, mengejutkan dan membimbangkan. Soalnya sekarang... kita, bilakah lagi?

Kata-kata Hikmah menyebut, “Ma min waraa Rajulin Azimin, illa wa ma’ahu imra’atun tasyuddu azrahu, Ummun kanat am Zaujah” (Tidak ada dibelakang seorang lelaki yang hebat, melainkan ada disana wanita yang memberi dokongan kepadanya, samada ibunya atau isterinya). Apa yang saya tanggap, ustazahlah orangnya wanita yang mendokong Ustaz disepanjang perjuangan beliau sejak awal perkahwinan mereka lagi.

Suatu hari beberapa wanita Ansar ra. berbual sesama mereka. Mereka cemburu melihat suami-suami mereka mendapat fadhilat berperang di jalan Allah sedang mereka hanya tinggal di rumah, mengurus hal ehwal keluarga dan Dakwah dalam negara. Akhirnya mereka sepakat untuk mengadu kesedihan ini kepada Rasulullah saw.

Rasulullah saw mengatakan , “Kamu dapat apa yang suami-suami kamu dapat“. Ya, para isteri mendapat ganjaran Jihad fi Sabilillah yang diperolehi suami-suami mereka. Bahkan mereka mendapat ganjaran Syahid, jika suami-suami mereka mendapat Syahid, walaupun mereka masih hidup dan tidak berpeluang ke medan Jihad.

Moga Al-Marhumah ustazah Nazirah mendapat kesemua ganjaran perjuangan suami dan teman-temannya. Moga doa saya ke atas Al-Marhumah ditakbir ke 4 dalam Solat Jenazah juga diperkenan Allah “Allahumma la tahrimna ajraha. Wala taftinna ba’daha. Wagh firlana walaha” (Ya Allah. Jangan Engkau halang pahala Al-Marhumah (dari mengalir kepada kami). Jangan Engkau duga kami selepas ketiadaan Al-Marhumah. Ampunilah kami dan Al-Marhumah). (rujukan dalam blog inijalanku.wordpress.com)

Semoga ruh al-marhumah ustazah Nazirah ditempatkan bersama para syuhada', solihin, muttaqin, Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul. Saya mengucapkan takziah setulus hati (dari lubuk hati yang dalam) kepada ustaz Osman (Suami al-Marhumah) atas ketentuan ini. Moga beliau tabah dan sabar mengharungi dugaan hidup bersama 2 anak tercinta (Khaulah dan Affaf).

Ucapan terakhir saya di dalam blog ini kepada Ustaz Osman adalah apa yang diajar oleh Allah swt melalui RasulNya di dalam Hadis, “Inna lillahi ma akhaz, wa lahu ma a’tho. Wa kullu syai’in indahu bi ajalim musamma. Fasbir wala tahtasib” (Milik Allah apa yang Dia ambil. MilikNya jua apa yang Dia beri. Tiap sesuatu punya tempoh tertentu disisiNya. Bersabarlah dan harapkan ganjaran Allah atas kesabaranmu itu” (Hadis Takziah). “Al-Baqa’ lillah” (Sesungguhnya kekal itu hanyalah Allah swt semata-mata). Rujukan : Majmu’ah Ar-Rasail Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna.


Sumber: citaimpian.blogspot.com
Diluluskan oleh: Unit Media ISMA Kelantan

Read More...
 
Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net