.
Showing posts with label Galeri. Show all posts
Showing posts with label Galeri. Show all posts

Kem Al-Fateh NAZIM Kelantan 2011: Meriah dan bermakna!

Pantai Cahaya Bulan, 16-17 Sept: "Anak-anak itu bagaikan kain putih, terserahlah kepada ibu bapa untuk mencorakkannya." Baru-baru ini, pihak Ahli Jawatan Kuasa Nadi Al-Azim (NAZIM) Cawangan Kelantan telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu program mukhayyam anak-anak NAZIM iaitu Kem Al-Fateh.

Program ini telah berjaya menarik seramai 42 orang peserta, 25 lelaki dan 17 perempuan. Selain bertujuan mempererat hubungan silaturrahim antara anak-anak NAZIM, kem dua hari satu malam ini juga menekankan unsur-unsur tarbiyyah dan nilai jatidiri dalam kalangan para peserta.

Sepanjang program berlangsung, kumpulan si cilik ini telah diuji dengan aktiviti berbentuk 'outdoor' seperti 'Night Walk', 'Ukhuwwah Games' dan 'Water Games'. Mereka secara tidak langsung telah diserapkan dengan elemen kepimpinan, kerjasama dan tolak ansur antara satu sama lain.

Di samping itu, pengisian rohani juga telah disusun oleh pihak penganjur seperti ceramah tentang Sultan Muhammad Al-Fateh, qiamullail dan solat jemaah.

Semoga NAZIM Kelantan akan terus maju dengan penganjuran program sebegini agar lebih dikenali anggota masyarakat.


Untuk melihat lebih banyak gambar, layari;

NAZIM Kelantan mengucapkan
Selamat Menunaikan Haji
Allaahummaj 'alnaa min
hujjaja fi baitikal haram.


Media ISMA Kelantan













Read More...

ALBUM : Mahrojan NAZIM Peringkat Negeri Kelantan

Tarikh: 15 April 2011
Hari: Sabtu
Masa: 9.30-12.00 tengahari




































Media ISMA Kelantan

Read More...

Sebalik Tabir “Melayu Sepakat Islam Berdaulat”



Video ini memaparkan kisah di sebalik tabir bagaimana wujudnya slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat” dalam agenda perjuangan ISMA untuk meletakkan Islam di kedudukannya yang tertinggi dalam konteks perjuangan Islam di Malaysia sebagaimana yang dituntut oleh agama ini.

Ia bertujuan untuk memberi kefahaman dan pendedahan tentang proses-proses pemikiran dan pengalaman-pengalaman yang ditempuhi oleh Jawatankuasa Pusat (JKP) ISMA dalam membawa ahli-ahli ISMA khususnya dan masyarakat amnya ke arah cara fikir dan agenda yang besar ini.

Video ini telah ditayangkan pertama kali di Mesyuarat Agung Tahunan ISMA ke-12 bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kuala Lumpur pada 26 Mac 2011.


Sumber: Media ISMA
Read More...

Album - Santai NAZIM Mac

Santai NAZIM Mac '11
Lokasi: Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu
Tarikh: 4 Mac 2011
Masa: 3.00 ptg - 6.00 ptg




Media ISMA Kelantan
Read More...
 
Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net